Wednesday 8 February 2012

Laksa Sarawak


Da lama nk buat resepi ni tapi ingat susah....rupa nya mudah klu kita ada pes segera laksa sarawak..Sya dpt pes segera dari seorg kenalan di muka buku  Kak Reen Sharif admin group semanis rasa..Alhamdullilah niat sya tercapai dpt makan laksa ni dgn hasil tgan saya sendiri tetapi mgambil idea dari blogpot DayangJack. So Plan tghari ni laksa sarawak la...Anak2 tak pernah makan..tpi mereka benar2 suka...makan bertmbah2..sedap kata nya...

Last saya makan laksa ni pada 8-10 tahun dahulu dkt Bangsar Food Court...mmg org sarawak yg jual...hari2 sya makan smpi sya jemu .....

Terima kasih kak DJ kerana telah membuat sya tertarik dgn cara memasak Laksa Sarawak ni.


Resepi asal dari Dayang Jack
Sumber Qaseh eena 



Bahan2 nya

Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.





Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
200 g pes atau perencah laksa 
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo  udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat (saya guna 2 kotak sbb sya tmbah air nya)
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)


Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 





Resepi Sambal Udang Kering (sya guna ikan bilis sbb seorg anak sya ni arlegi dgn udang kering)

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus) (sya guna ikan bilis)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Maaf ye kak DJ sya copy paste resepi ni...nak taip pjg lebar pulak....



No comments:

Post a Comment