Monday 14 May 2012

AYAM KAPITAN


Da berbulan pegi kelas nasi kenduri...ni baru free nk cuba buat ayam masak kapitan...Mmg sedap dan di sukai ramai. Pada mula nya rasa mcm susah nk masak tpi bila cuba buat ikut resepi yg Cikgu Ros bagi alhamdulillah dpt buat rasa yg sama mcm kat kelas aritu....Gara2 terlambat masak arini so ena cuba resepi mudah ni.....


Bahan2 nya


1 ekor ayam
1 labu bawang besar - KISAR
2 sb tomato (tomato puri atau tomato biasa pun bole)
3 sb serbuk kas-kas (beli kat tesco dkt tmpt brg2 rempah babas tu atau kedai india)
1 sb rempah daging
1 sb cili serbuk (klu pakai cili blender pun bole tpi rasa akan lain sikit)
1 sb jintan putih
2 inci halia - KISAR
5 ulas bwg putih - KISAR
1sb serbuk kunyit
2 btg serai -KISAR
1 daun kari 1 tangkai
10 tangkai cabai hidup atau cili hidup - KISAR
sedikit santan 1/2 kotak atau suku kotak
garam dan serbuk perasa


Barang tuk hiasan terakhir, cili hijau, tomato, ubi kentang (weges), daun kari dan daun bawang


Cara2 masak


1. Goreng ayam separuh masak atau ada yg suka garing sikit terpulang


2. goreng kentang yg di potong pjg..kentang di kunyit dan di garam kan....ketepi kan


3. Minyak masak 1/2 senduk....tumis bahan2 yg di kisar hingga garing


4. masuk kan kas2, rempah daging, kunyit serbuk, tomato puri, jintan putih, garam dan perasa secukup nya


5. masuk kan ayam gaul rata


6. masuk kan santan dan 1 cwn air ( kuah bergantung pada kesukaan atau mahu kering saja)


akhir sekali masuk Barang tuk hiasan terakhir, cili hijau, tomato, ubi kentang (weges), daun kari dan daun bawang gaul dlm ayam td masa tgh panas tu....dan tutup api....

* cili hidup di patah 3 sja...tomato di belah 4

SELAMAT MEMCUBA RESEPI YG SEDAP INI...DARI QASEH EENA


KALAU TIDAK FAHAM CARA2 NYA BOLE MSG INBOX FB EENA TAU

No comments:

Post a Comment