Thursday 26 January 2012

Puteri Ayu / Seri Ayu


Puteri Ayu / Seri Ayu

Puteri Ayu/Seri Ayu

Terhasil nya kuih ini sbb anak sya yg sulong mmg peminat setia kuih ni. Makcik yg jual kuih kesukaan dia ni asyik tutup kedai je sbb sakit. Jadi anak sya asyik mtak sya belajar wat kuih puteri ayu ni....akhir nya dgn sentuhan pertama atau percubaan pertama terhasil la kuih yg gebu dan enak nya...






PUTERI AYU
Sumber resepi dari my resepi

Bahan-bahan
5 biji telur
250 gram tepung gandum
300 gram gula pasir
2 sudu teh ovallet
1 sudu teh baking powder
250 ml santan
Pewarna hijau
3 helai daun pandan(diblend bersama santan dan tapis)
Kelapa putih secukupnya(digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara membuatnya
Pukul telur,gula dan ovallet hingga kembang dan gebu
Masukkan santan,tepung gandum,baking powder dan pewarna hijau.Pukul lagi hingga sebati
Sapu sedikit minyak pada acuan.Masukkan kelapa yang telah digaul bersama garam dan tepung ubi,mampatkan
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit
Setelah dikeluarkan dari kukusan,tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan

Selamat mcuba kerana resepi ni mmg enak dan gebu..

No comments:

Post a Comment