Monday, 9 July 2012

BUTTER CAKE




Bahan - bahan (loyang 8 inci)


200gm butter (pada suhu bilik)
200gm tepung gandum
150gm gula kastor
4 biji telur gred A (pada suhu bilik) 
1sk baking powder
1 sk esen vanilla
3sb susu pekat


Cara-cara
Pukul butter & gula smpi kembang
Masuk kan telur satu persatu & di pukul lagi
Masukkan esen vanilla, susu pekat & tepung gandum yg telah di ayak dgn baking powder & pukul hingga sebati


Tuang ke dlm loyang yg telah di gris kan dgn butter atau letak baking paper & bakar dalam oven yg telah di panas kan terlebih dahulu selama 10 min....bakar pada suhu 150C selama 1 jam 20 min..(tpi sya guna ikut oven sya 160C 1 jam)....


Utk aising
bole guna apa2 brand.....tpi dlm gmbar ni sya guna butter brand Tatura 190gm butter brand tatura dan 60gm krim well
gula aising 150 - 200gm....bergantung kpd kemanisan yg kita mahu....
(RASA NYA MAKAN MCM TU TNPA KRIM LAGI SEDAP)


SIAP DA SELAMAT MENCUBA
Sumber resepi dari My resepi

Thursday, 28 June 2012

MUFFIN COKLAT CHIP DGN CREAM CHEESE


Hari ni teringin nk buat muffin...Saya dan keluarga lebih suka makan muffin daripada buat sebiji kek....klu saya jamu muffin pasti anak2 makan dgn seronok nya...klu sebiji kek mmg lambat habis nya....kdg2 sampai rosak plak kek nya...Hari ni saya ingin berkongsi resepi dari majalah Aroma keluaran bulan Mac oleh MASTERCHEF MALAYSIA iaitu Chef Danial....Bahan2 yg ringkas dan mudah di dapati di dapur kita....ternyata resepi ni sungguh enak....




MUFFIN COKLAT CHIP BERSAMA CREAM CHEESE

SUMBER DARI MAJALAH AROMA BULAN MAC 2012
BAHAN2

BAHAN A
- 1 CWN MENTEGA DI CAIRKAN/MYAK JAGUNG (saya gua myak jagung)
- 2 CWN SUSU SEGAR (saya guna susu cair 1 tin apa2 brand  pun bole)
- 2 BIJI TELUR
- 1 SUDU THE ESEN VANILA

BAHAN B
3 CWN TEPUNG GDUM
½ CWN SERBUK KOKO
1 SDU THE BAKING POWDER
½ SDU TEH SODA BIKARBONATE
2 CWN GULA PERANG
150 GM COKLAT CHIP (TINGGAL KAN SIKIT UTK HIASAN)
CREAM CHEESE (saya tak buat pun sbb sedap makan begitu saja)
250 GM CREAM CHEESE
120 GM MENTEGA
120 GM GULA ISING

CARA PENYEDIAAN
1. SATU KAN BAHAN A…KACAU RATA GUNA TANGAN JE
2. AYAK BAHAGIAN B kecuali gula perang dan coklat chicp
3.KEMUDIAN SATU KAN GULA PERANG DAN COKLAT KE DLM BAHAGIAN YG DI AYAK TDI….GAUL SEBATI
4. SATU KAN BAHAGIAN A DAN B, ADUN DGN SEBATI.(PAKAI TGAN PUN BOLE, KLU PAKAI MESIN GUNA SPEED 1 JE)
5. MASUK KAN KE DLM CAWAN MUFFIN DAN TABUR COKLAT CHIP TUK HIASAN
6. BAKAR PADA SUHU 180 DARJAH 20 MIN (SYA GUNA SUHU 160 DARJAH, 20 MIN..OVEN EUROPA) IKUT SUHU OVEN MASING2

CREAM CHEESE
1 PUKUL CREAM CHEESE DAN MENTEGA HINGGA GEBU
2. MASUKKAN GULA ISING DAN PIKUL HINGGA LICIN DAN LEMBUT
3. HIASAN DI ATAS MUFFIN DGN COKLAT CHIP DAN CERI






Wednesday, 27 June 2012

SEMPERIT DWICOLOR

Jualan tuk raya 2012..Biskut semperit dwicolor






Semperit/Dahlia
Rm 20 - 50 biji
Berminat utk order sila pm Fb (qaseh eena amira)

Bahan2

1cwn butter
3/4cwn
gula icing
1
biji kuning telo
1st
esen vanilla
3sb
susu tepung
1cwn
tpg kastard
2cwn
tepung gandum
coklat chip utk hiasan

cara2

pukul butter,gula,telo,esen vanilla hingga gebu.
masuk kan susu dan tepung. Uli menjad doh yg lembut….
Guna acuan semperit dan hias kan dgn choc chip atau ceri merah/hijau

~
selamat mencuba~

BISKUT KELAPA KOKO RANGUP



Rm 20 - 50 biji
Berminat utk order sila pm Fb (qaseh eena amira)


Biskut Kelapa
BahanBahan
1 ½ cwn tepung kek
½ cwn gula pasir
1 ½ sudu besar serbuk koko
1 biji kuning telur
½ cwn kelapa kering
100 gm  mentega
1 sudu the esen vanila
Manik berwarna bentuk hati dan bintang (sebagai hiasan)
Sedikit putih telur (sebagai hiasan)

Cara2:
Gaul sebati tepung kek, gula, koko, kelapa kering, kuning telur dan esen vanila. (saya guna tgan shj)
Masuk kan mentega dan uli sehingga menjadi doh yg lembut. Canai da terap di dalam acuan.
Sapu putih telur dan hias dgn manik berwarna
Bakar 160 darjah 15 min -20 min bergantung pada oven masing2 (sya guna oven europa jadi 15 min tuk 1st tray, yg tray ke 2 20 min dan seterus nya)
Selamat memcuba

Tuesday, 26 June 2012

BISKUT TART NENAS BUNGA



Assalamualaikum....lama benar saya tak update blogspot ni....bz dgn aktiviti harian bersama anak2 dan bisnes online yg saya buat di FB Qaseh Eena Amira...Tpi hari ni saya ingin berkongi dgn kwn2 yg sudi menjengah blogspot saya....Projek Biskut raya sudah pun bermula...ini ada lah beberapa resepi biskut raya 2012 yg saya jual.


BISKUT TART NENAS BUNGA


50 BIJI - RM22 

BERMINAT UTK ORDER BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI FB QASEH EENA AMIRA

Tart nenas bunga
Bahan utk pastri
160 gm tpg gandum
1 butir kuning telur
125 gm mentega / butter
20 gm tpg kastard
50 gm gula
40 gm tpg jagung
½ sudu the esen vanila

Bahan utk jem
2 biji nenas parut
175 gm gula pasir
Sedikit kulit kayu manis
Campur smua brg di atas dan di masak hingga lekat.
(saya guna jem segera shj beli di kedai bakery)

Cara Membuat
Gaul kan mentega/butter dgn gula hingga sebati
Masuk kan kuning telur dan esen vanila gaul rata.
Kemudian masuk kan tpg gandum, tpg jagung dan tpg kastard ( sya ayak bersama dlu)

Masuk kan sedikit2 sehingga menjadi doh yg lembut dan mudah di terap.
Guna acuan tart dan terap. Susun dlm loyang, kmudian letak jem..
Bakar 175 darjah selama 15 – 18 min hingga masak



Selamat mcuba

Wednesday, 16 May 2012

NASI AYAM AROMA


Hari ini eena teringin nak masak nasi ayam dari resepi majalah saji Mei 2012...nanpak menarik dan mudah..berlainan dari resepi yg biasa eena pernah cuba...Mari kita lihat bahan2 nya



BAHAN - BAHAN

BAHAN NASI

1. 500 GM Beras. 
2. 3 ulas bawang putih - hiris
3. 3 cm halia - hiris
4. 2 sudu besar mentega
5. 500 ml air
6. sedikit garam

BAHAN KUAH

1. 500 ml air
2. sudu besar mentega
3. 300 gm tulang ayam
4. 3 kuib sup bunjut
5. 5 ulas bawang merah - di hiris
6. 3 ulas bawang putih - di hiris
7. 3 cm halia - di hiris
8. sedikit garam

BAHAN AYAM

1. 500 gm ayam
2. 2 sudu besar kicap pekat
3. 1 sudu besar sos tiram
4. 3 ulas bawang putih - di tumbuk

BAHAN KICAP

1. 50 ml kicap
2. 50 ml sos tiram
3. 2 ulas bawang putih - kisar

BAHAN CILI

1. 4 tangkai cili merah
2. 4 ulas bawang putih - di kisar
3. 1 sudu kecil gula
4. 1 sudu kecil cuka
5. garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN

1. Untuk membuat nasi ayam, tumis kan halia, bwg putih dan 
    mentega sehingga wangi
2. Tuangkan air dan biarkan mendidih seketika. Masukkan beras    
    dan tmbahkan garam secukup rasa. Tanak 
    hingga masak.

3. Untuk kuah, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia 
    hingga wangi. Tuang kan air dan masukkan 
    kuib bunjut.

4. Tambahkan ayam dan masukkan tulang ayam. Biarkan mendidih

5. Untuk ayam, gaul kan ke smua bahan ayam dan perapkan 
    seketika. Kemudian bakar hingga masak. (eena bakar 200 darjah 
    selama 60 min)

6. Untuk bahan kicap...satu kan smua bahan kicap dan kacau di 
    atas api...(sya tmbah air sikit)

7. Untuk membuat sos cili, satukan ke semua bahan. Masak di atas 
    api sehingga masak.


SLMT MEMCUBA






BISKUT SARANG SEMUT




Rm20 - 50 biji
Berminat utk order sila pm Fb (qaseh eena amira)


BAHAN - BAHAN
Biskut sarang semut


200 gm tepung gandum
100 gm tepung kastard 
120 gm butter 
100 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1/2 sdu teh esen vanila
chocolate rice
paper cup

CARA PENYEDIAN


1. Dalam mixer campur kan telur, gula dan butter...pukul 
    sehingga kembang
2. campur kan tepung kastard dan tepung gandum (yg di ayak 
    bersama) 
3. kacau sebati/ guna speed 2 saja
4. bulat kan doh masuk kan kedlm plastik dan masuk kan dlm 
    peti sejuk selama 1/2 jam
5. ambil parut lobak, parut doh tersebut...guna kan parut yg 
    paling kecil
6. guna sudu kecil tuk mgambil adunan masuk ke dlm paper 
    cup..letak penuh kedlm paper cup
7. tabur kan chocolate rice di atas adunan


8. bakar 175 - 180 darjah 10-15 min...mgikut oven masing2


SLMT MEMCUBA

BROWNIE CHOC

Hai, teman2ku dok belek2 majalah aroma bulan MAC 2012 ternpk resepi brownie yg mudah ni...lalu ena ingin memcuba...byk resepi brownie npk rumit tpi yg ni sgt simple tuk di buat.....1st time buat 1 rumah suka makan....tak smpi mlm habis brownie ni...suami pun suka....kata nya kek ni lembut dan gebu...rasa coklat dan bau nya sgt sedap...Mari kwn2 kita lihat bahan2 yg mudah tu......




Bahan - bahan

130 gm tepung kek
100 gm coklat masakan
130 gm mentega
250 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdu teh esen vanila (saja letak oleh sya)
5 gm serbuk penaik (ena guna 1/2 kecil)
50 gm kepingan badam atau walnut


 


Cara penyediaan

1. Masak coklat dgn mentega menggunakan kaedah double boiler...sejuk kan
2. pukul gula dan telur hingga kembang
3. masukkan coklat masakan yg telah di sejuk kan td ke dlm adunan
4. masuk kan tepung dan serbuk penaik
5. akhir seklai masuk kan badan atau walnut
6. tuangkan adunan ke dlm acuan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 min

Tuk buat topping coklat

1. 100 gm coklat masakan
2. 3 sdu besar susu pekat 
3. 3 sdu besar air

Masak smua bahan ni mggunakan cara double boiler

setelah kek brownies sejuk bole la tuang kan adunan coklat ke atas brownies
pada tidak suka coklat byk2, sapu sikit buat syarat je ....

biar kan coklat keras sekejap kmudian bole potong( klu nk cepat masuk kan ke dlm peti sejuk tuk 10 -15 min tuk coklat keras)



SLMT MEMCUBA RESEPI MUDAH



Monday, 14 May 2012

AYAM KAPITAN


Da berbulan pegi kelas nasi kenduri...ni baru free nk cuba buat ayam masak kapitan...Mmg sedap dan di sukai ramai. Pada mula nya rasa mcm susah nk masak tpi bila cuba buat ikut resepi yg Cikgu Ros bagi alhamdulillah dpt buat rasa yg sama mcm kat kelas aritu....Gara2 terlambat masak arini so ena cuba resepi mudah ni.....


Bahan2 nya


1 ekor ayam
1 labu bawang besar - KISAR
2 sb tomato (tomato puri atau tomato biasa pun bole)
3 sb serbuk kas-kas (beli kat tesco dkt tmpt brg2 rempah babas tu atau kedai india)
1 sb rempah daging
1 sb cili serbuk (klu pakai cili blender pun bole tpi rasa akan lain sikit)
1 sb jintan putih
2 inci halia - KISAR
5 ulas bwg putih - KISAR
1sb serbuk kunyit
2 btg serai -KISAR
1 daun kari 1 tangkai
10 tangkai cabai hidup atau cili hidup - KISAR
sedikit santan 1/2 kotak atau suku kotak
garam dan serbuk perasa


Barang tuk hiasan terakhir, cili hijau, tomato, ubi kentang (weges), daun kari dan daun bawang


Cara2 masak


1. Goreng ayam separuh masak atau ada yg suka garing sikit terpulang


2. goreng kentang yg di potong pjg..kentang di kunyit dan di garam kan....ketepi kan


3. Minyak masak 1/2 senduk....tumis bahan2 yg di kisar hingga garing


4. masuk kan kas2, rempah daging, kunyit serbuk, tomato puri, jintan putih, garam dan perasa secukup nya


5. masuk kan ayam gaul rata


6. masuk kan santan dan 1 cwn air ( kuah bergantung pada kesukaan atau mahu kering saja)


akhir sekali masuk Barang tuk hiasan terakhir, cili hijau, tomato, ubi kentang (weges), daun kari dan daun bawang gaul dlm ayam td masa tgh panas tu....dan tutup api....

* cili hidup di patah 3 sja...tomato di belah 4

SELAMAT MEMCUBA RESEPI YG SEDAP INI...DARI QASEH EENA


KALAU TIDAK FAHAM CARA2 NYA BOLE MSG INBOX FB EENA TAU

Friday, 6 April 2012

UNTUK DI JUAL BISKUT TAMBUN DAN REMPAH TARBUS

BERMINAT UNTUK MEMBELI SILA INBOX SAYA DI FB QASEH EENA AMIRA

BISKUT TAMBUN BUATAN ISLAM, MAKAN TANPA WAS2





REMPAH TERBAIK DI UTARA MALAYSIA TARBUS